.

read it or leave it. thats it and i am not a terrorist. tQ :)







November 12, 2011

semak

pantun for today :

'' jangan berumah di tepi pantai, kalau takut dilanda ombak.

jangan amek hak orang, kalau takot kene penyepak!''

sekian.



November 3, 2011

29 october







surprise birthday utk saya oleh kesayangan saya di pantai puteri.

sangat sangat sangat terharu. mata berkace wehh!

sekian terima kasih. :)

October 26, 2011

i feel blessed

salammm.

setelah 22 tahun menuai, ini lah hasilnya. ahaha!




today/yesterday is my birthday and nothing special.
tapi, birthday kali ni macam style sikit pasal pagi2 hari jadi kene bangun utk ikot trip pegi KL. ya, lawatan sambil belajar ke KL.

the best part is when classmates nyanyi happy birthday to me kat dalam bas. ewahhh, mate berkace sedikit. huhu. tengah makan pun nak nyanyi.
dapat pulak layanan terbaik! nak air mintak, teros dapat. nak ayam mintak, teros dapat. kenapa lah birthday setahun sehari je. huhu.


******

tapi dari semalam aku tunggu sorang pakcik ni, tapi takde. call, voicemail. no wish, no anything. maybe die lupe or maybe die memang tak ingat langsung kat aku.

tapi tapi tapi!

finally he's there!! (perhatikan shoutbox saya)
thanks pakcik !! aku tau ko tak lupekan aku. :) ihy!

again, HAPPY BIRTHDAY TO ME & THANKS TO ALL OF YOU ! :D

ape2 pon, birthday wishes dari mama abah & family jugak paling tersentap. huhu.


October 23, 2011

clorox

salamm.

ya ya ya, berhabuk.
tiada internet connection, membuatkan aku bagai katak bawah tempurung.
cetek pengetahuan tentang berita luar. haihh..

sekurang kurangnya aku tahu yg muammar gaddafi dan budak kecik cina yg kene langgar bertubi tubi tu sudah meninggal dunia cukuplah.

berusaha utk tidak terrr jadi anak derhaka. sekian. :)





October 8, 2011

the soul has been disturbed

salamm.








baiklah, aku tahu aku dah cukup matang untuk ini semua. tapi mereka di atas ini adalah salah satu sebab utama kenapa aku berjiwa kacau.


selain drpd itu, subjek sem ni seperti ekstrem sgt susahnye. mungkin aku yg belum bersedia atau salah lecturer? eh eh eh, takkan lah aku tak bersedia kot. slh lecturer yg ajar tak bagus lah nih. tapi tak jugak. eh, pedulik lah.


kewangan juga faktor ke-moral-down-an aku. bila ada duit berkepuk makan sampai lebam. makan nak mewah saje. kasut koyak sikit carik baru. balik rumah berjoli dgn siblings. sekarang, nak makan pun bwk duit cukup2. tgk org sebelah mkn sedap, telan air liur je. takpela, sekurang2nye boleh lah aku nak diet. =____='


nampak? nampak tak? mood sedang tak stabil. habis, sape yg slh ckp semua nk kene pukol. ini baru separuh. kalau rase nk bergusti, skrg lah mase yg sesuai jumpe aku. dan peringatan, aku bermain gym sekarang.


tidur je jalan penyelesaian. selamat tidur dunia! :)





September 27, 2011

calon ustazah pilihan

salamm.

sudah masuk 3 minggu.
secara jujurnya, memang tiada sebarang input pon yang masuk.
makin banyak output ada lah! terutamanya duit!
boleh kata, semua duit aku habis ke MAKAN!
damnnn!

seriously, i have to change my life style!

tapi mama cakap, duit jangan bazir shopping.kalo makan takpe.
hee... :)

lepas tu, aku dah pandai main twit twit weh!

boleh lah folow @naliaziz di twitter ya.

sekian terima kasih.
ustazah pilihan nak tido. assalamualaikum.


September 16, 2011

gila gila raya







semester baru dah bermula. selepas 4 bulan berpeleseran di kampung halaman, culture shock jugak nak paksa diri balik ke pangkal jalan. haihh. akan semakin busy dan membusy kan diri. semoga berjaya pada diri sendiri. :))

sekian, terima kasih.

September 5, 2011

kamdar dan nagoya



ini yg terjadi bila ade perempuan dlm rumah dan perempuan2 tu baju raya nk byk2 mengalahkan artis.

yg sakit pinggang nye anak mithali mcm aku. nk kne gosokkan segala baju yg ade di mlm raye.

nk beraya tapi macam kurang je feel nk beraya. sigh~

rayalah kamu selagi ade baju raya! :P

August 26, 2011

love matters

salamm

pejam celik pejam celik dah nak raya.

pejam celik pejam celik dah nak start sem baru.

kesimpulannya masa berlalu dengan pantas! hargailah hidup anda. jangan kerana cinta anda sanggup menggadaikan nyawa. pasal perempuan kau jadi bodoh ! c'mon laa orang lain nak hidup, kau nak bunuh diri ! jadah ape nye!? adoii..

semoga Tuhan kuatkan iman aku yg kurang kuat ni dan semoga aku terhindar dr segala hasutan syaitonnirajim. Amin~

Selamat hari raya lah ye.
its time to collect calory instead of money! arghhh!!


August 16, 2011

good old days


sekolahku, sekolahku, begitu ku rindu. -lagu mamat exist mase zaman tok kadok dulu

rindu nk sekolah.

rindu nk dtg lambat pastu kene tulis nama kat pakgad, tp aku tak bodoh untuk tulis nama sebenar. he he he.

rindu nak countdown tunggu loceng bunyi, pastu larik2 pegi kantin beli air anggur.

rindu nak makan nasik lauk daging masak kunyit makcik kantin yg sedap, siap tapau makan kat umah lg.

rindu nk belagak tayang kat member2 pakai handphone yg paling stylo zaman tu, nokia 3310. cukup untuk buat kawan2 makan hati.

rindu nak kene spotcheck kuku, stokin, baju dalam. paling style spotcheck handphone. aku sangat redha masa tibe2 ade spotcheck dan aku letak nokia butterfly kat dlm kasut bawah tapak kaki. nasib baik lepas bebbb, tp skrin retak laa. huhuhu.

rindu nk ponteng solat asar berjemaah, pastu kene tangkap cakap period, pastu ustazah check dalaman okeh. itu paling dahsyat.

rindu nak teman member aku gadoh main ludah2 tarik2 tudung, last2 aku gelak tgk org gadoh.

yang paling rindu, rindu nak usha pakwe lame mase perhimpunan.

oh God, i just miss all that. :((

and i miss my friends. a lots!!! :(









August 14, 2011

misteri orang melayu

salamm

bulan ramadhan bulan mulia

sudah sy bold kan untuk menjadikan ayat di atas sebagai ayat tegasan. err.. ade ke nama ayat tegasan? ade kan jela eh. hee

tapi tapi, kenapa tengok wayang siang2 hari still raba2 peluk2? konon2 gelap takde sape nampak. c'mon laa, Tuhan nampak! perempuan pakai tudung lelaki muka jawa buat bodoh selamba macamlah muka persis cina india peluk2 sexy2 tayang semua bende. jadah ape ni weh?! nowadays, amoi2 pon pandai pakai baju kurung mase hari jumaat ok. haihh~

ada pulak mek klate ni yg beli air untuk anak katanya tapi beli kuantiti utk minum satu keluarga. siap tanya yg ayahnya nak air ape. pelik.

satu lagi, pakcik dah la muke melayu piao, ade hati nak cakap slang mcm mat salleh beli air tin sorok dlm poket masuk tgk wyg pukol 2ptg. ready utk berbuka katanya. go straight to the hell now pakcik. huhu.

sorry but i have to say all this.

bayangkan, mana aku nk letak muka aku ni bila org india yg tanya dan dok complain "knp org melayu still buat perangai walaupon bulan puasa." bayangkan apa aku nk jwb bile org india tanya aku "kenapa org melayu pakai hot pants dan baju tali halus je, tak berdosa ke?"

please learn how to respect, people! especially malaysssss!

yeah, its kinda mengutuk bangsa sendiri. tp anggaplah ia sebagai pesanan penaja. jangan bg org pandang rendah dekat agama kita. sekurang2nya cover lah sikit kalau tak puasa pon. jangan lah terlalu open, sebab bukan semua org open. ok.

Assalamualaikum.



August 10, 2011

10 days already

Single doesn't always mean lonely, and relationship doesn't always mean happy.

The hardest part of a diet isn't watching what you eat, it's watching what other people eat.

I love it when I hear a song that describes exactly how I'm feeling in that moment.

That awkward moment when the person you like asks you who you like.

Be careful who you trust & tell your problems to.



murtabak for sahur and quotes for today. im full.

have a nice day people!
salamm!

it is not that bad to be alone



salamm


" Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat."

" Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. "

to read full article here

yang penting, jangan gelojoh masa memilih dan jangan juga ambil mudah ketika memilih. tapi jangan pulak terlalu memilih. dan skrg aku pening dgn ayat sendiri. erkk?

banyak bende kita dapat berjimat kalau hidup tanpa bf. ayat mcm sarcastic sangat pulak. bukan nak sedapkan hati sendiri, tp its a fact.

sekali sekala bersyarah/berkhutbah di bulan baik ni ok jugak an. :P


August 9, 2011

pecah kaca pecah gelas

salamm

alhamdulillah. 8 hari puasa penuh. tahniah kpd diri sendiri.

walaupon aku rasa pahala puasa aku tak byk. yela, customer perangai masing2 boleh buat gaduh. pastu pakai baju pelik2, style mengarot. mane boleh tahan diri. huhu. tp aku tetap cube tahan. :P

skrg tgh layan Nora Elena. start dr episod 1. baru feel tgk. huhu. ya, sangat ketinggalan. saya tahu tu. huhu.

berbuka puasa kat tempat keja perasaan die sama je mcm buka puasa dekat umah. sebab kawan2 keje sume mcm adik beradik dah. so, feeling mcm buke dgn family. berebut karipap, berebut cawan, gelas pecah, share lauk. best lah. CUMA, kene makan as fast as u can lah. customers are waiting bebeh. deymmm!

lastly, tengoklah Planet Of The Apes. best! :)

sekian, nikmatilah Ramadhan anda.


dah lame tak anta kad raya kan? pastu tulis,

"pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"

tak pon,

"pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung"


memori!!


August 1, 2011

hantu dan ice lemon tea

salammm 1 Ramadhan.

1 Ramadhan ye, bukan 1 Malaysia. :P

hari ni officially hantu syaitonnirajim iblis lakhnatullah sume kene ikat selama sebulan. maknanya sebulan lah aku pegi toilet malam2 tanpa rasa takot. ahaha. puas ati aku. padan muke korang! sape suruh jd hantu syaiton. huhu.


tahun lepas puase kat umah sewa. lauk kadang2 masak, kadang2 beli. tp selalunye beli. terawih, sekali dalam sebulan. nampak tak brape punye busy? huhu.

tahun ni puase kat umah ibubapa. lauk disediakan. terawih taktau lah camne, pasal keje an. huhu.


seperti tahun2 lepas. Misi bulan puase ialah nak puase sepenuh yang boleh. siap free gift puase 6 lagi. tapi tu lah, aku cuba. huhu.

yang paling menyayat hati, tahun ni puasa sambil bekerja. kerja yg diselubungi popcorn, air ice lemon tea. harap2 aku tabah menghadapinye. :)

So, lastly..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

ingat, hantu syaitan dah di ikat. tp haruslah diingat, hantu manusia belom diikat. jauhi lah diri dari hasutan2 hantu manusia. sekian, pesanan penaja. terima kasih. :)


July 28, 2011

Bukan tak nak pergi, tapi tak dapat nak pergi!

Tajuk pnjg tau. Xnk kalah.
Tapi itulah kenyataan.

Baju hitam kuning dah siap.
Duit tiket da ready.
Transport dah deal.
Siape yg follow dah deal.
Siap mintak tukar shift pagi.
Lontaran vocal dah hebat.

Sekali,
SOLD OUT!!

Great, thanks a lot.
Its okay.
All the preparation akan di bawa terus ke kedai mkn yg berskrin besar mlm nanti utk tidak disia2kan. :)

be supportive people, jgn nakal2 kt stadium nti. Behave ye.

Black & yellow, aummm!

July 26, 2011

cantik




cantik kan? the combination of color style gile. rambut raya buat camni boleh? ahaha. :P

July 24, 2011

black and yellow, black and yellow

salamm!

firstly, mak jemah nak say sorry. pasal few weeks ni mak jemah kurang jalan2 blog org. mak jemah jalan blog korang, tp tak drop by any comment pasal bace the whole page, tunggu loading, bace blog lain, tekan comment tunggu loading, tibe2 bangun dah pagi. mak jemah tak berniat.

mak jemah keje malam je selalu, nk carik duet lebih. paling awal balik pukol 12, paling lewat balik pukol 4. celah mane ade mase nk on9 bagai kan? makan mlm dgn family pon seminggu 2-3 kali je dah skrg. maaf lah ye. sempena dah nk puase ni,mak jemah mintak maap awal2. :)

*******

Okay.
pasal malaysia kalah dgn singapore. memang tak di nafikan lah defend malaysia sangat kureng. mane boleh nak harapkan striker je derr. Tapi malaysians, jangan lah dok maki ape lancau sume dekat team sendiri. c'mon laaa, chelsea pon dpt lepas sebijik je dgn malaysia, terer ke tak terer tu?

be proud lah weh. korang dok maki sambil minum teh tarik kat mapley boleh lah cite. cer korang try main tgk camne cite.


"jgn lah bile menang baru nk mengaummm sane sini, bile kalah mengeowww!"


sekian. :)

July 21, 2011

drogba belajar puasa

Salam

first of all, liverpool menang 6-3 dgn malaysia. Ya, walaupon mlm ni game chelsea tetap nk update pasal liverpool.

Malaysia mmg boleh dibanggakan! Harap2 dpt score jugak malam ni. Drogba, torres sume kasi ikat ye safiq rahim dan kawan2!

Baiklah, aku rse cam tgh update utk blog sokerleaks pulak. :p

****

Lg brape hari je nak puase dan aku seperti biase x abes ganti puasa lg. Dan aku xpasti camne keadaan bile berpuase dan berdepan dgn popcorn, ice lemon tea dan kerenah manusia yg menyakitkan hati. Semoga aku tabah. :)

Berpandu kan tajuk di atas, aku harap drogba boleh blaja puasa lepas dtg malaysia. :p
Sekian terima kasih.





July 15, 2011

Liverpool vs Harimau Malaya

salammm!!




sila perhatikan gambar di atas.

hari tu Malaysia dah kene tibai dengan Arsenal. 16hb ni dorg jumpe Liverpool pulak. Menang kalah belakang cite. Masalahnye sekarang, dr bulan 5 lagi aku dah eksaited dorang nih nak datang. Siap ade lah jugak simpan duet. selalu top up 10 hengget, nk jimat punye pasal top up 3hengget je. Pastu bile tiket dah start jual, banyak hal pulak procedure die.

ok fine. Aku dah dpt rasakan dah, aku xdpt pegi punye. Frust wehh. Pastu, hati terubat sikit bile ade org ckp Suarez tak dtg. So, duet simpanan pegi makan dan berjanji nk tgk kat TV je.

Hell Yeah, sebagai seorg pekerja di panggung wayang, hari sabtu memang susah nak dpt cuti dan takde siaran sukan kat dalam panggung. Sabtu pulak kerja malam dan sekali lagi aku frust menonggeng.

Kata kata terakhir, majulah sukan untuk negara. Jangan la terlalu eksaited nak main bola dgn player pojaan anda sampai anda tak reti main ye Safiq Rahim. Nasihat sikit budak budak tu.. :P

Sekian terima kasih.

July 6, 2011

benar tapi pelik

kadang kadang aku pelik. aku tertanya tanya.

kenapa, tapak sulaiman tu name die letak sulaiman?
kan boleh jugak kalau letak tapak nelly, tak pon tapak ramli. kenapa sulaiman? sedangkan dalam bahasa inggeris nya ia bermaksud starfish. jadi letaklah ikan bintang, dan kenapa tapak sulaiman? musykil. aneh aneh.

lepas tu, kebanyakan kereta malaysia letak nama guna nama binatang. kenapa bukan nama buah2an? contoh, perodua kancil. kan boleh jugak kalau letak perodua rambutan. kan? musykil.

korang pernah terpikir tak bende2 camni?

till then. :)

July 3, 2011

money talk

tangan melecur
jatuh tergolek
sakit pinggang
kene maki


itu sume lumrah. daripada duduk rumah mengangkang, baik hadap jelah. bukan senang nak jadi senang, kan? u need money, u have to find it lah. kalau tunggu dan mengharapkan ehsan dari orang je, baik jadi pengemis kat bawah2 jambatan. untung-untung lepas jugak duit utk beli baju raya tahun ni. common lah, OKU pon boleh beli tiket wayang transformer 3D gune credit card. maknanye ape tu?

yes, memang lah lagu Price Tag tu cakap, " money can't buy us happiness". pepatah melayu pon cakap, duit tak dapat beli kebahagian. tapi in the real world now, in the real life, money do buy us happiness. kalau tak de duit nak beli makan, happy tak? kalau hidup susah, happy tak? pepatah ni kene adjust balik lah i think. huhu.

ini bukan pasal mata duitan, tapi masa depan.


sekian terima kasih.

June 30, 2011

muscle injury

salammm!



muscle injury. aku taktau camne nk explain dlm sains. yelah, time sains form 3 aku upah kawan aku soh buatkan notes sume, aku tido je. tp bile masuk bab pembiakan aku paling segar. heee.. mase kimia form 4 & 5 pulak, duduk dekat meja paling belakang makmal susun kerusi, pastu tido dan segar bile nk buat eksperimen. jd tak hairan lah kalau subjek kimia aku xdapat kredit mase SPM.

so, muscle injury ni terjadi bile kite.. errr.. siyes, aku taktau nak explain sebenanye. jadi korang google ke wiki ke lah nnti ye.

ape yang aku alami skrg, muscle kat kaki/betis aku sakit sgt. seminggu kadang2 3 or 4 kali aku jogging. teori simple aku dpt fikir. bile badan berat, kaki jadi tak larat nk bawak badan aku. maka, injured lah muscle tersebut. tp takde lah smpai tisu koyak ape jadah sume tu. cume effect nye yg paling utama ialah masalah utk berak. tandas cangkung mmg kene elak. bile bahagian bawah peha bertemu atau bertindih dengan muscle bahagian betis, memang terbaikk! itu jam, bile nak bangun dr kedudukan mencangkung tu mmg kene berpaut kat pintu bilik air bagai lah. sakitnye tuhan saja yg tahu.

almost 3 weeks aku kene. bile jog, xsakit sgt, tp bile berhenti lari, sakit mcm nk sesak nafas. pastu keje kene berdiri pulak sepanjang hari. mmg heaven! kadang2 keting ni rase mcm dah salah parking. huhu. tapi bg aku, selagi aku bleh jalan, insyaallah nothing serious kot kan?

any advice people out there?

take care yaw! :)






June 25, 2011

Bukan blekberri

Salamm.

Sy sedang berada di atas talian menggunakan telefon bimbit ye skrg. Sebab utama on9 gune fon pasal nk jimat letrik.

Senang cite, kalo on9 gune laptop paling koman pon lepas subuh bru aku tutup. Tido ntah ke mana, bantal busuk terabai. Ape jadah yg aku buat, aku pon xtau. Kadang2 aku rase aku ni mcm dah kene ubat gune2. Mungkin dr pihak TNB. :p

padahal sje je nk test power blog gune fon. Hee..

Lastly, sepah memang layak menang! Well, rezeki anak2. Ok nokss, gua chow dulu. Take care yaw! :)

June 22, 2011

usaha takwa mulia

Salamm!

long time no see people! :)

usaha takwa mulia. tagline UiTM. baru arini aku faham maksud die.
mula2 kene usaha pastu takwa. tp bab mulia tu aku musykil sikit.

okay, finally pg tadi setel lah final exam aku. one word, susah gile lah siot!! eh, itu boleh consider one word jugak kan? hee..
so, sekarang baru boleh start cuti sampai bulan 9. diulangi, bulan 9. sekarang baru bulan 6. sekarang masa utk mencarik duet! jyeahhh! :P

oh lupe, result last sem dah keluar jumaat hari tu. warga uitm sume dok berdebar sakan menunggu loading. congrats lah ye kawan2! :)

tp aku malam sikit baru cek. konon2 taknak tengok dulu, lepas abes exam baru tengok sebab nanti kalo frust menonggeng takleh fokus lah nk jawab exam, kononnye. padahal frust tak frust same je, tetap takleh jawab jugak. tp biase lah. orang muda, mane bleh tahan, naik darah tinggi aku bile org asek tanye result aku dr pagi, tgk status org kat Fb dok alhamdulillah syukur sume. gua mane bleh tahan beb! dgn kecekalan yg jitu, laju2 bukak e-mail cek result. dpt berape? memang tak lah aku nak bgthu result aku brape kan? orang biase2 mcm aku ni, takkan lah nk dpt Dean List. aku maybe akan dptkan Dean List bile UiTM tukar selimpang tu jd kaler lain. Pink sgt lah, tak tuff langsung! :P

orait darlings, till then! tata! :)

June 16, 2011

makcik mithali

err... camtu ke eja mithali? lantak laa.. :P

Salamm!

Today rabu, errr.. dah masuk khamis dah actually. tp selalu nye rabu memang aku balik umah jap. saje je balik, shah alam panas sangat. huhu. So, rabu tiket wayang murah. haritu dah janji dgn nazren, anak buah-buahan aku nk bwk g tgk kung fu panda. balik klang teros singgah beli tiket, couple seat lagi nokss.

Sekali sampai umah, CD kung fu panda dah ade rupenye. tiket dah beli, bedal jela. dalam wayang die bantai cite ape jadi lepas tu, ape jd lepas ni. org sblh dah tension je. nasib lah kau! tp siyes, kung fu panda 2 ni mmg best! sepanjang aku keje tgv, asek full je.



abes kung fu panda, bantai die tuntut janji lg.

'' aritu cik bie janji nak beli kan ayen angry birds color red! situ ade jual tu! ''

demm! sekarang jugak kau nk jual angry bird depan2 pintu keluar wayang nih. sebagai seorang mak cik yang baik hati dan menepati janji, aku belikan jugak. selepas ber-nego dgn die, belikan lah yg kecik punye. aku jnji dah gaji nk belikan yg besar punya. semoga die tak ingat janji aku yg ni. huhu. aku bukan ape, taknak lah nanti die ckp aku ni penipu. so, dr kecik camni lah terapkan nilai menepati janji. ewahhh! :P


padahal aku pon taktau menatang ni mende. macam2 kaler ade. tp yg besar punye best pelok, tp harge pon mcm nk kene hempok lah kan. huhu. yang penting die balik dgn happy dan berlagak tunjuk kat ummi die. puas ati aku. ahaha.

17 june result keluar. 21 june final exam aku. aku tak rasa tgk result sebelum jwb final satu keputusan yang baik. korang rase x? :P

okay, see ya! take care! :)